Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:- ANAK JATI Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka aialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:- Orang Melayu Kedah Orang Melayu Beruas Orang Melayu Manjung Orang Melayu Grik Orang Kelang Orang Melayu Melaka Orang Melayu Kelantan Orang Melayu Terengganu Pantai Orang Melayu Ulu Terengganu Orang Melayu Bentong Orang Melayu Lipis Orang Melayu Temerloh Orang Melayu Johor Orang Melayu Brunei Orang Melayu Kedayan Orang Melayu Cocos Orang Melayu Sarawak ANAK DAGANG Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan selatan Thailand. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh yang berbeza iaitu:
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:- BAJU KURUNG Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. BAJU KEBAYA Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia , Singapura , Malaysia dan Brunei . Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung , batik
Comments
Post a Comment